Friday, 26 September 2008

East meet West kind of Roast Chicken

Hello....
I just want to share with you my roast chicken recipe. It is actually quite simple and you can just pop in the chicken in the oven for 1 hour and 40 minutes. Sedap sebab mudah gak nak membuatnya.

Resepinya mudah, untuk ayam tanpa dibuang kulit berat antara 3 lb hingga 3.5 lb anda perlukan:

1 ekor ayam berat antara 3 lb - 3 1/2 lb
10 hingga 12 ulas bawang puteh tanpa dibuang kulit
2-4 inci halia dibuang kulit
3 tangkai daun rosemarry
2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan lada puteh
1 buku mentega
2 sudu besar minyak zaitun
2 batang karot
1 pokok kecil brocolli
5 cendawan
1 sudu besar garam

Cara membuatnya:
1. Ayam dibersihkan dan keringkan dalamnya tanpa perlu kulit dibuang
2. Halia, bawang puteh, minyak zaitun serta daun rosemarry dimesin hancur dalam food processor - biar kasar-kasar.
3. Lada hitam dan lada puteh dimesin kering halus
4. Campurkan bahan bawang dan lada hitam serta lada puteh bersama garam dan lumurkan keseluruhan luar ayam dan dalam ayam termasuk diruang antara kulit serta isi ayam di bahagian dada.
5. Ayam kemudian dimasukkan ke dalam bekas plastik ditutup rapat dan diperap lebih 3 jam di dalam peti ais.
6. Bagi setiap berat 500 gram ia mengambil masa 20 minit. Jadi 3.5 lb ambil masa 1 jam 20 minit + 20 minit lagi = 1 jam 40 minit untuk masak. Sebelum ayam dipanggang, jangan lupa masukkan potongan mentega di antara kulit dan isi ayam serta sapukan mentega di seluruh permukaan luar kulit ayam.
7. Panaskan dulu ketukar gas pada Gas 5, masukkan ayam dalam bekas tahan panas dan pangganglah ayam sehingga warna kulitnya bertukar menjadi keperangan. Selepas itu minyak serta jus yang keluar perlu disira keseluruhan ayam dalam setiap 20 minit sekali.
8. 40 minit terakhir sebelum ayam masak, masukkan sayuran kegemaran untuk dipanggang bersama sama ada brocolli, cendawan dan karot.
9. Untuk buat kuah, minyak lebihan serta kuah jus ayam yang lebih dalam tempat memanggang dan dimasukkan ke dalam periuk kecil. Masukkan 2 sudu tepung jagung, cendawan yang sudah dipotong halus serta dua sudu stok ayam . Masakkan sehingga pekat dan mendidih, jika terlalu pekat tambah air.


selamat mencuba.

Saturday, 20 September 2008

Hello....
I was quite poorly for the past four days. Teruk sakit ni and I'm actually still recovering. Tulah sebabnya dah lama tak update blog ni. Nasib baiklah the other better half of me ada tolong menolong. Tak larat nak masak langsung asyik duduk berselimut je badan kat atas katil sepanjang masa. Kat UK ni bila nak masuk winter memanglah kena prepare diri dengan sakit demam. Memang dah jadi satu perkara biasa.

Bila dah demam memang tak larat langsung nak masak. Apa dan saja yang larat kita buat. Masa sakit tulah akan keluar pelbagai resepi mudah. Jadi, kita nak share dengan awak masakan Thai nama dia "Son-In-Law's Eggs".

Masakan ni paling mudah nak masak tapi kalau kat Thailand, bila seorang Mak Mentua tu tak puas hati dengan layanan si menantu lelaki pada anak perempuannya; setiap kali si menantu tu bertandang ke rumah mentuanya, si Mak Mentua ni akan jamukan "Son-In-Law's Eggs" atau dalam bahasa Siamnya bunyi Khai Luk Koei ni.

Itulah, ceritanya. Orang Siam pun pandai berkias bila nak 'hint' sesuatu pada ahli keluarga masing-masing. Kiasan tu penting dan janganlah sampai sindir menyindir terang-terangan macam sesetengah orang tu.

Dalam kehidupan kita sehari-hari sebagai seorang Melayu dan Islam lagi pulak tu, lagilah kena bijak buat kerja PR. Kalau rasa tak puas hati kena pandailah hint. Kalau kena berkias, by all means go ahead. Kalau kena bijak ikut budi bicara pun apa salahnya. Tak gitu.....

Tapi dalam kes saya, saya hidangkan masakan 'Telor Menantu' pada sang suami bukanlah kerana nak menyindir dia atau kerana "Ada udang di sebalik batu" tapi sebenarnya itulah masakan paling mudah untuk dibuat dan yang paling awal terlintas di kepala.

OK. Nak buat masakan ni cukup kacang. What you need for KHAI LUK KOEI (Son-In-Law's Eggs) are:
6-8 biji telur ayam
5-7 biji bawang merah (mayang nipis)
3 sudu besar sos ikan (fish sauce)
1 - 1 1/2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar madu
1 sudu kecil serbuk cili
3-4 sudu besar campuran daun bawang dan daun ketumbar yang dipotong halus

Cara membuatnya:
1. Telur direbus sehingga masak kemudian dikupas kulit dan dikelar-kelar lalu digoreng- ketepikan.
2. Biarkan minyak yang ada di dalam kuali dan terus menggoreng bawang merah yang dimayang sehingga menjadi bawang goreng. Keluarkan separuh daripada jumlah bawang goreng dan ketepikan manakala jumlah minyak yang ada di kuali dikurangkan sedikit kepada 1-2 sudu besar.
3. Terus menumis bawang goreng yang ada seketika dan kemudian campur semua bahan sos termasuk sos ikan, kicap manis, madu serta serbuk cili ke dalam periuk di atas api yang sederhana kecil. Biarkan masakan masak hingga mesra dan agak likat.
4. Apabila masakan tadi sudah mesra, masukkan telur rebus yang sudah digoreng dan kacau perlahan-lahan sehingga semua kuah sos rata pada keseluruhan permukaan kulit luar telur rebus berkenaan.
5. Matikan api, apabila sudah sejuk sedikit, hidangkan masakan telur di atas mangkuk yang agak besar. Taburkan bawang goreng serta campuran daun bawang dan daun ketumbar kepada masakan tadi.
Selamat mencuba kerana hidangan ini sebenarnya cukup sesuai kepada golongan bujang kerana ia agak menjimatkan, mudah disediakan dan rasanya juga cukup enak.

Monday, 15 September 2008

Che Puteh Maryam Kata

Petang ni kita nak masak ayam kalio. Ini masakan Indonesia yang kita belajar dari seorang rakan di Manchester, namanya Puan Suhaila. Our family is hosting two Malaysian students for buka puasa today and I guess I will be quite busy today. Kata orang bila kita jemput kawan-kawan datang ke rumah kita, kita sediakan makanan yang terbaik mengikut kemampuan kita. Jadi, hari ni selain dari ayam kalio, kita nak buat sikit popia goreng, sayur goreng campur dan pizza (beli pasang siap).
The other better half of me is now sitting right infront of me, ntah sibuk sok sek-sok sek, buat apapun kita tak tau. tapi yang pentingnya dia tengah nampak sibuk prepare untuk jumpa dia punya supervisor kejap lagi. so, kita tak berapa berani nak kacau dia sampai kejap lagi jam 2.30 petang ni.
ayam masih belum dibeli, kulit popia dengan isu popia pun belum buat, sayur pun belum bersiang tapi masih sibuk lagi menaip tersenget-senget kat komputer ni. Tulah bila jadi freelancer ni...kerja pun ikut dan. See? Frenlance, kerja ikut dan. hehehehehehehe (my joke), tak ketawa sudah.
Nasib baiklah majikan yang baru ni tak berapa kisah dengan deadline....kalau tak dah lama kena buang kerja. Best juga bila dapat menulis tapi menulis biarlah yang berpada-pada sebab ramai sangat yang menulis tanpa usul periksa dan melulu dan akhirnya masuklah awak kat situ.
So good to be back...so I'm baca. Tadaaaa!