Hello....
I was quite poorly for the past four days. Teruk sakit ni and I'm actually still recovering. Tulah sebabnya dah lama tak update blog ni. Nasib baiklah the other better half of me ada tolong menolong. Tak larat nak masak langsung asyik duduk berselimut je badan kat atas katil sepanjang masa. Kat UK ni bila nak masuk winter memanglah kena prepare diri dengan sakit demam. Memang dah jadi satu perkara biasa.
Bila dah demam memang tak larat langsung nak masak. Apa dan saja yang larat kita buat. Masa sakit tulah akan keluar pelbagai resepi mudah. Jadi, kita nak share dengan awak masakan Thai nama dia "Son-In-Law's Eggs".
Masakan ni paling mudah nak masak tapi kalau kat Thailand, bila seorang Mak Mentua tu tak puas hati dengan layanan si menantu lelaki pada anak perempuannya; setiap kali si menantu tu bertandang ke rumah mentuanya, si Mak Mentua ni akan jamukan "Son-In-Law's Eggs" atau dalam bahasa Siamnya bunyi Khai Luk Koei ni.
Itulah, ceritanya. Orang Siam pun pandai berkias bila nak 'hint' sesuatu pada ahli keluarga masing-masing. Kiasan tu penting dan janganlah sampai sindir menyindir terang-terangan macam sesetengah orang tu.
Dalam kehidupan kita sehari-hari sebagai seorang Melayu dan Islam lagi pulak tu, lagilah kena bijak buat kerja PR. Kalau rasa tak puas hati kena pandailah hint. Kalau kena berkias, by all means go ahead. Kalau kena bijak ikut budi bicara pun apa salahnya. Tak gitu.....
Tapi dalam kes saya, saya hidangkan masakan 'Telor Menantu' pada sang suami bukanlah kerana nak menyindir dia atau kerana "Ada udang di sebalik batu" tapi sebenarnya itulah masakan paling mudah untuk dibuat dan yang paling awal terlintas di kepala.
OK. Nak buat masakan ni cukup kacang. What you need for KHAI LUK KOEI (Son-In-Law's Eggs) are:
6-8 biji telur ayam
5-7 biji bawang merah (mayang nipis)
3 sudu besar sos ikan (fish sauce)
1 - 1 1/2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar madu
1 sudu kecil serbuk cili
3-4 sudu besar campuran daun bawang dan daun ketumbar yang dipotong halus
Cara membuatnya:
1. Telur direbus sehingga masak kemudian dikupas kulit dan dikelar-kelar lalu digoreng- ketepikan.
2. Biarkan minyak yang ada di dalam kuali dan terus menggoreng bawang merah yang dimayang sehingga menjadi bawang goreng. Keluarkan separuh daripada jumlah bawang goreng dan ketepikan manakala jumlah minyak yang ada di kuali dikurangkan sedikit kepada 1-2 sudu besar.
3. Terus menumis bawang goreng yang ada seketika dan kemudian campur semua bahan sos termasuk sos ikan, kicap manis, madu serta serbuk cili ke dalam periuk di atas api yang sederhana kecil. Biarkan masakan masak hingga mesra dan agak likat.
4. Apabila masakan tadi sudah mesra, masukkan telur rebus yang sudah digoreng dan kacau perlahan-lahan sehingga semua kuah sos rata pada keseluruhan permukaan kulit luar telur rebus berkenaan.
5. Matikan api, apabila sudah sejuk sedikit, hidangkan masakan telur di atas mangkuk yang agak besar. Taburkan bawang goreng serta campuran daun bawang dan daun ketumbar kepada masakan tadi.
Selamat mencuba kerana hidangan ini sebenarnya cukup sesuai kepada golongan bujang kerana ia agak menjimatkan, mudah disediakan dan rasanya juga cukup enak.
Saturday, 20 September 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment