Friday, 26 September 2008

East meet West kind of Roast Chicken

Hello....
I just want to share with you my roast chicken recipe. It is actually quite simple and you can just pop in the chicken in the oven for 1 hour and 40 minutes. Sedap sebab mudah gak nak membuatnya.

Resepinya mudah, untuk ayam tanpa dibuang kulit berat antara 3 lb hingga 3.5 lb anda perlukan:

1 ekor ayam berat antara 3 lb - 3 1/2 lb
10 hingga 12 ulas bawang puteh tanpa dibuang kulit
2-4 inci halia dibuang kulit
3 tangkai daun rosemarry
2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan lada puteh
1 buku mentega
2 sudu besar minyak zaitun
2 batang karot
1 pokok kecil brocolli
5 cendawan
1 sudu besar garam

Cara membuatnya:
1. Ayam dibersihkan dan keringkan dalamnya tanpa perlu kulit dibuang
2. Halia, bawang puteh, minyak zaitun serta daun rosemarry dimesin hancur dalam food processor - biar kasar-kasar.
3. Lada hitam dan lada puteh dimesin kering halus
4. Campurkan bahan bawang dan lada hitam serta lada puteh bersama garam dan lumurkan keseluruhan luar ayam dan dalam ayam termasuk diruang antara kulit serta isi ayam di bahagian dada.
5. Ayam kemudian dimasukkan ke dalam bekas plastik ditutup rapat dan diperap lebih 3 jam di dalam peti ais.
6. Bagi setiap berat 500 gram ia mengambil masa 20 minit. Jadi 3.5 lb ambil masa 1 jam 20 minit + 20 minit lagi = 1 jam 40 minit untuk masak. Sebelum ayam dipanggang, jangan lupa masukkan potongan mentega di antara kulit dan isi ayam serta sapukan mentega di seluruh permukaan luar kulit ayam.
7. Panaskan dulu ketukar gas pada Gas 5, masukkan ayam dalam bekas tahan panas dan pangganglah ayam sehingga warna kulitnya bertukar menjadi keperangan. Selepas itu minyak serta jus yang keluar perlu disira keseluruhan ayam dalam setiap 20 minit sekali.
8. 40 minit terakhir sebelum ayam masak, masukkan sayuran kegemaran untuk dipanggang bersama sama ada brocolli, cendawan dan karot.
9. Untuk buat kuah, minyak lebihan serta kuah jus ayam yang lebih dalam tempat memanggang dan dimasukkan ke dalam periuk kecil. Masukkan 2 sudu tepung jagung, cendawan yang sudah dipotong halus serta dua sudu stok ayam . Masakkan sehingga pekat dan mendidih, jika terlalu pekat tambah air.


selamat mencuba.

No comments: